Saturday, December 31, 2011

Omak yang cun!


kalau pandai, cuba teka mana satu mak mana satu anak??
haha! fine,myb boleh ja lagi diteka dengan mudah,
tapi sriusly, cun lagi si Hema Malini ni ek! sweet ja muka dia.. =)
Hema Malini (baju merah) ialah heroin cerita hindustan
lebih kurang satu zaman dgn Amitabh Bachan.
er,ya ka?main redah aku ja..
gila la, dh mcm wartawan dh aku!

Wednesday, December 28, 2011

agak-agak ar weh...

buat kenduri pasang khemah sampai tutup jalan,
kalau jalan takat kambing ngan skuter purple aku ja bole lalu(ok plus lembu gak)
tkpa la jugak.
ni, jalan utama kot!
haha.
tempe tempe..

tak marah,
saja nak tulis..hehe
semoga bahagia hingga ke anak cucu hendaknya
bagi pemilik majlis kahwin tersebut =)

Wednesday, December 21, 2011

Tanpa Aku Sedar...

Tanpa aku sedar,
aku selongkar kisah dulu.
aku hayati rasa aku,
dan aku hayati rasa kamu.

aku persoalkan permulaannya,
dan aku persoalkan penghujungnya.
kenapa aku harus menerima,
kalau akhirnya aku menolak.
kenapa aku harus menolak,
kalau dulunya aku menerima.

dan aku persoalkan,
kenapa ketidakmatangan aku,
sewenangnya aku biarkan untuk menghakim dan menghukum.

jika takdir menentukan kamu menemukan ini,
pasti kamu tahu kamu yang aku bicarakan,
kisah kita yang sedang aku perkatakan.
dan aku mahu kamu tahu,
rasa bersalahku masih ada,
masih ada...

Wednesday, December 14, 2011

kejutan yang tak mengejutkan

bila terlalu lama sesuatu kejutan disimpan,
bila tiba masa nak buat kejutan,
kejutan tu akan jadi kejutan yang tak mengejutkan.

yang tinggal hanya rasa yang tiada.

Friday, December 9, 2011

It's so true

It's so true,
that,
people who really love to talk,
don't really love to listen.

Sunday, December 4, 2011

hidup macam ECG??

hidup macam ECG,
ada naik turunya.
kalau mendatar ja hidup,
tu bukan hidup namanya.
macam ECG,
kalau ECG mendatar,
itu tandanya mati.

(petikan dari papan tanda Jain hospital)

Monday, November 21, 2011

on call yg tk berapa nak on call..

ini mlm saya ad on call juga..
tpi, on call dekat ini negara,
tak rsa mcm on call sgt la..
kenapa??
sbb tak berapa nak ada case.
kenapa tkda case??
sbb tk berapa ad patient.
kenapa tkda patient???
doktor ktrg ckp sbb baru2 ni musim perayaan.
er...........
patot la diorg byk raya..

Saturday, November 19, 2011

saiz mata dipengaruhi oleh emosi??
maybe..
bila happy=besar
bila sedih= kecik

sekarang saiz mata aku kecik,
terlalu kecik untuk aku pandang
terus mata orang lain,
terlalu kecik untuk disepetkan bila senyum,
terlalu kecik untuk aku pandang tulisan2 dalam buku kundu(bajet nk bukak ja)

apa ja la aku tulis ni..

Tuesday, November 15, 2011

jom sama-sama belajar!!

jom sama-sama belajar!!
hari ni kamu,
esok dia,
dan lusa aku!

bukan hari ni kamu,
esok kamu,
dan lusa juga kamu.

beri ruang,
beri peluang,
semua orang berhak,
semua orang nak.

percayalah...

Monday, November 14, 2011

aku rindu dia..

aku tau dia sunyi,
aku tau dia tak kuat,
aku tau dia selalu menangis,
dan sebab tu,
aku tak pernah cakap,
yang aku rindu,
dia.

setiap hari,
hanya borak biasa,
supaya dia rasa biasa,
supaya dia tak rasa aku takda.


mak,
walau adik tak pernah cakap,
percayalah,
adik rindu,
mak...

Tuesday, November 8, 2011

bila ada yg belum selesai

bila ada yg belum selesai,
segala pergerakan menjadi lembab.

sesungguhnya,
untuk membuat keputusan,
secara matang,
sukar sebenarnya.

moga dipermudah segala.

Tuesday, November 1, 2011

perempuan dan fairy tales

Kisah 1

gadis A: weh, aku rasa aku dh jatuh cinta kt M! sumpah dia cute gila!
my God! dia senyum kt aku kot tadi!
gadis B: o ye???weh..ntah2 dia pon minat kt kau weh! orang cakap dia susah nk senyum kt
perempuan! pergh.. ntah2,selama ni dia mmg dh lama minat kt kau.tinggal tk ckp je!

Maka, hati si gadis A pon berbunga-bunga..lama si gadis A menanam pokok pokok bunga di dalam hatinya,Kiranya,sampai boleh bukak taman la. Tapi..pada satu hari..

gadis A: weh!!!! dia dh couple! huaaaaaa!
gadis B: er........o ek??

Kisah 2

gadis C: after SPM, before dia pergi oversea, tu lah last dia contact aku. without kabar,
dia pegi cmtu je! after dh bgtau dia suka aku, then dia senyap sepi smpai skrg. dh dekat
5 tahun kot!
gadis D: weh..ntah2, sbnarnya, dia tengah simpan duet segala, sbb dia nk dtg minang kau teros!
mna tau, bila kau blek cuti bln 12 ni, tiba2 dia bawak rombongan! weh.... gila ar sweet!
mcm drama weh! mana nk tau kn??semua bnda bole jadi!
gadis C: haha! gila merepek!

Walaupun gadis C cuba ntok menafikan, tapi sebenarnya gadis C dah meletak sedikit harapan dalam hati supaya bnda yg gadis D ckp menjadi kenyataan. Lama la gadis C memerap harapan tu dalam hati dan menunggu jejaka idamannya balik dan masuk meminang, dan kahwen, dan tercipta la sebuah keluarga yang sgt bahagia! ='} drama sgt..Tiba2...

gadis C: weh!! dia dh kawen... huk huk! bagi aku ubat tido satu botol sekarang jugak!!!sekarang jugak.....tskk tskkk!
gadis D:...........



Tu hanya la 2 contoh pasal prmpuan dan fairy tales. bahaya sebenarnya cerita benda2 mcm ni sama2 prmpuan sebab prmpuan suka benda2 indah nan semntara ni, yg mna, secara tk langsung, mereka cenderung memberikan harapn palsu kepada si polan yg bercerita or yg meluahkan perasaan. Mereka,atau lagi tepat, kami,hehe, suka cipta kisah2 cinta yg indah yg biasanya.. fatamorgana, yg tk wujud pon sbnrnya. Walaupun kami dh diajar berulang ulang kali oleh realiti.

So, untuk mendapatkan kegembiraan atau rasa nak melayang sekejap di udara sewaktu dilamun cinta yg boleh dikatakan cinta yang type2 bertepuk sebelah tangan,cerita la dekat prmpuan kisah cinta anda.
But kalo nk pendapat yg lebih realistik tentang cinta, cerita la direct dekat abang, adik lelaki, ayah, atau mana2 sedara lelaki anda,or kawan lelaki, sbb mereka lebih tahu apa yang lelaki sendri nak and rasa.
Seriusly..hak2

Sunday, October 30, 2011

bodoh kan aku??

aku cari kedai,
aku beli pisau,
aku toreh tangan aku,
biar berdarah,
berparut.
semua aku buat sendiri,
takda siapa arah,
takda siapa suruh..
bodoh kan aku??

Friday, October 28, 2011

Berani

aku hamburkan segala rasa takutku,
nyah kau dari hatiku!

segalanya sudah tertulis,
mengapa harus takut wahai penakut???
segalanya sudah dijanjikan,
pasti terjadi,
ke dunia mana sekali engkau lari,
pasti kan jadi.

Ayuh jadi berani!
teruskan berjalan,
di atas jalan di hadapanmu,
berjalan dengan rasa berani,
berkasutkan yakin,
bersenjatakan tadah!

Wednesday, October 26, 2011

amazing India huh?!! =)



aku tau aku slalu kutuk negara ni,
slalu ada ja benda tak kena!
tapi still...
mana bole aku nak nafikan benda2 cool yang ad kat negara kari ni.
negara kari?hak2!
nama ni ada sorg budak IMS bgi.dia slalu tulis dlm status dia.

btw,ni salah satu benda yang amazing kt india!
kemampuan rakyatnya untuk survive dgn cara yg begitu sempoi membuatkan
aku terpaut hati nk letak dekat dlm blog.
nah hambik nih!







budak kecik:mama mama, lapaq ayaq!
lembu :uih sudah,anak sapa lak ni?





Saturday, October 22, 2011

hobi aku

selain dari menulis blog,
di waktu lapang,
aku jugak ad satu hobi lain,
iaitu,
memadam balik benda2 yg aku dah tulis.
hehe.

bila terlalu byk masa lapang,
ni lah hasilnya..

pernah jumpa penjenayah cute mcm ni???haha

Saturday, October 15, 2011

diajar situasi...

byk bnda yg berlaku kt sekeliling aku,
byk jugak la komen yg keluar from mulut aku.
huhu..
kenapa mcm tu, kenapa mcm ni?
kenapa tk mcm tu, kenapa tk mcm ni???

takkan ada org yg tolong jwb untuk aku,
untuk setiap satu soalan aku.
kalau ada,
jawapannya mcm tk berapa nk smpai..

sehinggalah,
situasi situasi yg sama,
yg aku komen sebelum ni,
datang memberikan jawapan..

emm..
kadang2,
kita tak perlu jawab benda2 yg org sekeliling persoalkan,
nk marah apatah lagi,
itu hak mereka,
hak mereka untuk berkata kata,
apa yang kita perlu buat,
hanya diam,
dan biarkan situasi yg sama datang kepada mereka,
dan memberi jawapan bagi pihak kita...

dan bila tiba masa tu,
kita sama sama belajar,
belajar dari situasi...

=>

Wednesday, October 12, 2011

Hudud

mendidik memang susah, tapi sekali terdidik, maka aman damai la semua.
susah laksanakan hudud??? mungkin... tapi mungkin lagi susah nak takbir sebuah negara yang rosak, dan yang penuh dengan jenayah.
Prevention, is much much much better than cure..

Monday, October 10, 2011

Bukan Aku Takut

tetamu...

jika datangmu hanya sebagai tetamu,
maka,
aku akan menghantar kamu ke muka pintu,
juga sebagai tetamu..
terima kasih kerana sudi menjadi tetamu,
tetamu.
=)

Friday, October 7, 2011

inginku vs takdirMu

apa jua inginku,
takkan mampu aku miliki,
sekiranya begitu takdirMU

takdirMu Tuhan,
pemenang segala pertandingan.

Thursday, October 6, 2011

A Letter from "Mom n Dad"...



My child,

When I get old, I hope you understand '...n have patience with me
In case I break the plate, or spill soup on the table because I’m losing my eyesight, I hope you don’t yell at me.
Older people are sensitive, always having self pity when you yell.
When my hearing gets worse 'n I can’t hear what you’re saying, I hope you don’t call me ‘Deaf!’
Please repeat what you said or write it down.

I’m sorry, my child.
I’m getting older.
When my knees get weaker, I hope you have the patience to help me get up.
Like how I used to help you while you were little, learning how to walk.
Please bear with me, when I keep repeating myself like a broken record, I hope you just keep listening to me.
Please don’t make fun of me, or get sick of listening to me.

Do you remember when you were little 'n you wanted a ballon? You repeated yourself over 'n over until you get what you wanted.
Please also pardon my smell. I smell like an old person.Please don’t force me to shower.
My body is weak.
Old people get sick easily when they’re cold. I hope I don’t gross you out.

Do you remember when you were little? I used to chase you around because you didn’t want to shower.
I hope you can be patient with me when I’m always cranky. It’s all part of getting old.
You’ll understand when you’re older.
'n if you have spare time, I hope we can talk even for a few minutes.
I’m always all by myself all the time, 'n have no one to talk to.
I know you’re busy with work.
Even if you’re not interested in my stories, please have time for me.

Do you remember when you were little? I used to listen to your stories about your teddy bear.
When the time comes, 'n I get ill 'n bedridden, I hope you have the patience to take care of me.
I’m sorry if I accidentally wet the bed or make a mess.
I hope you have the patience to take care of me during the last few moments of my life.
I’m not going to last much longer, anyway.
When the time of my death comes, I hope you hold my hand 'n give me strength to face death.


Sunday, October 2, 2011

tuliskan ketakutanmu



ada satu kajian menyatakan,
kalo kita tuliskan rasa takot kita sebelom masok exam,
maksudnya,
kita luahkan rasa takot kita tu,
melalui penulisan,
kita mampu untuk perform better!

aku tk pernah try.
tak tau nak try ka tak.
hehe.
mcm biasa,
aku tak pernah harap pon org baca blog aku,
tapi kalo ada orang baca,
n nak cuba cara tu,
why not huh??
=)

Sunday, September 25, 2011

ujian dari langit..

selalu kita diuji,
dan tiap kali tu jugak,
kita teruji,
marah, kecewa, sedih..
bila ujian tak dapat kita tangani..

seringkali diuji,
pernah tak kita sedar,
itu adalah ujian dari langit??

kalau kita sedar,
takkan kita habiskan masa
berjam jam,
dan kadang2 berhari hari,
untuk membenci,marah, maki,
individu atau situasi
yang sedang menguji kita?

hmm...
post ni aku tujukan,
khas buat diri aku sendiri..

coit2..

Tuesday, September 20, 2011

Risiko

setiap perkara yang menyenangkan,
biasanya datang bersama risiko,
dan sekiranya aku ingin perkara yang menyenangkan
menjadi milik aku,
aku perlu bersedia untuk menyunting risiko bersama..

maka..

selamat datang bahagia,
selamat datang RISIKO!

jeng jeng jeng...

Tuesday, August 23, 2011

bila tiba masa



bila tiba masa,
mereka dijemput,
moga,
aku sedia untuk melepaskan..

dan bila tiba masa,
aku dijemput,
moga,
aku pergi dalam keadaan bersedia..







(takziah buat aida yg bru kehilangan bapa saudara
..)


Tuesday, August 16, 2011

lagi cerita psal tempe


aku gi kelas lmbt hri ni
pkol 10.30 bru kluar rumah.
biasa la.tok wan aku ad share kt hospital tu.so,aku pon ikot jalan biasa aku lalu.jalan yg tak jem bak kata budak2 lain.

smpai satu simpang tu,mcm biasa,tempe pon memblok jalan yg mna jalan tu
ialah jalan yg patut diberi jalan.yg bgi laluan punya jalan tu.
so, aku pon kena la stop kt belakang deretan tempe yg mmg tak tau la nk describe mcm mna lagi perangai depa yg pelik sgt tu.
kebetulan, aku stop kt tempat yg mna belah kiri aku tu ad jalan, n ad beberapa ketul moto ikot jalan tu.aku pon excited nk ikot jalan tu n aku pon nk ikot la moto2 tu.

tpi ad moto kt depan aku tepat2.so aku kena undur cket.tgh2 undur, tiba2 aku rsa mcm ad org tolak motor aku.rupa2nya mmg btol ad org tolak.pkai tgn siap siot!
pak cik auto sorg ni, tolak moto aku smbil jerit2 marah aku.
aku tau aku salah, so pon ckp sori byk kali dgn nada yg lembut standard ntok org yg nk mntak maap la.

"sori sori sori!"

yg tak bole blah tu, dia smbg marah lgi mcm aku dh remukkan auto cabok dia.

"dei bqwuhaiuddnqain!!dfnjfwijj!!!"

aku yg tegamam tgk dia tiba2 naek sheikh marah aku,after aku buat muka besalah mntak maap tu, pon terasa mcm berapi api hati.aku pon balas.smbil menjerit,

"i said sori right????!!! .....punya tempe!"
n aku pon blah dgn api api di hati aku.

hmm..mna pernah aku berani marah org tua kalo kt msia.kt sini bru aku blajar.

smbg la cerita kt hospital cket.kami dpt patient HIV+ hri ni.n dia dialysis punya patient. mgkin dia dpt HIV+ from situ.tpi dia sgt baek!! rsa mcm nak nangeh oo sbb tau dia ad penyakit tu. even dia dtg ntok cek mata ja,sbb skrg aku tgh posting ophthal, tpi, fakta yg menyatakan dia ad penyakit tu buatkn aku rasa mcm..oo..kesian nya!

so, bkn nk ckp la.even apa jenis penyakit berjangkit pon seseorang tu ad, betapa miskin or kotor nya dia, tapi kalo dia org baek, rsa mcm nk pegi peluk tau!
tpi kalo org tu ad semua,duet,rupa,harta,but kurang ajaq..
aduhai..rsa mcm nk kunci org tu dlm jamban,
so that dh takda org mcm tu dlm masyarakat!

Friday, August 5, 2011

aku orang biasa

aku orang biasa,
jika aku ingin mencari,
itu adalah kerana aku benar benar ingin mencari,
jika aku jumpa,
itu rezeki,
itu petunjuk..

kala aku leka,
aku berhenti mencari,
aku hilang,
seketika..
dan kembali mencari ,
kala aku ingin kembali mencari..

aku orang biasa,
pulang,
hilang,
kembali pulang,
dan kembali hilang,
itu biasa..

dan moga aku dimaafkan
kerana,
menjadi orang biasa..

Tuesday, August 2, 2011

rachon penawar

mereka..
suka korek sampah
bulu besepah sepah
jamban tak pernah nak cerah

tapi mereka jugak
pengubat penat
aksi manja mereka
buat aku tak jadi marah
walaupon sbnrnya diorg punca aku marah
er..

mereka buat aku senang dlm rasa tak senang
ok tu ayat kuch kuch hota he

atok, marley
kalau ditakdirkan korg dh tk dduk dgn nenek
jgn igt nenek tak syg korg
srius nenek syg korg!
tapi dunia tak seindah syurga
yg bersama takkan kekal bersama

nasib baek korg takda perasaan
srius naseb baek..

apa2 ja la..

Thursday, July 21, 2011

hek eleh...

pagi tdi aku gi kelas lambat
9 suku bru kluar rumah
smpai dekat satu simpang dekat jambatan
aku kena u turn kt situ
tpi aku bru sampai kat simpang
dekat dengan u turn punya tempat tu.
ok.
ayat mcm kelly eng.
sambung2..
sampi ja kt simpang tu
tba2 ada satu motor ni nk kona jgak kot
tpi tk sempat nk break
terlanggar kereta depan dia
n moto tu jatoh dengan gempaknya!
dia termasok bawah kereta tu!
tapi dia bangun dengan steadynya
tapi muka mcm nk nangeh
tapi tu bukan hal nya..

yang jdi hal ialah..
beberapa saat lepas laki tu jatoh
tba2 semua kenderaan berenti
99% drpada kenderaan tu ialah motor
and yang lawak plus tak bole blah tu
diorg stop n teros blok jalan!!!
drpd 99% yang stop n tros blok jalan tu,
sorg dua ja yang tolong
yang laen tolong jugak la
tolong nyemak.
hek eleh..
ntah pa2 ntah
kereta kt blkg dh betimbun
plus semua rasa pagi mcm sunyi kot
nak tekan hon mcm maen kompang
riuh nk mati tempat tu tdi!
sumpah sakai

aku pon terpaksa menyusur ikut jalan sempit kt tepi2 tu
tu pon aku ikot ada satu basikal tu sbnrnya

hek eleh tempe...
kalo nak cepat tu sepanjang jalan tu dia tekan hon
kalo bole dia sorang ja bole lalu jalan tu
tapi bila jadi benda2 mcm ni
or ada orang langgar dia ka ap
bole lak nk ambik msa setahun dua duk kt situ bergadoh
sungguh,
hek eleh..

Tuesday, July 19, 2011

aktiviti harian aku sekarang

aktiviti harian aku sekarang,
kat rumah,
even di luar rumah,
di mana-mana sahaja,
adalah bersilat,
bersilat dengan siapa???
atau lebih tepat bersilat dengan apa???
bersilat dengan...
bulu kucing.

dan sesungguhnya,
aset mereka,
adalah beban dan musuh bagi aku..

Wednesday, July 13, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Rimba Sehala

aku sedang berjalan,
berjalan dalam hutan,
hutan rimba,
dalam hutan rimba ini,
hanya ada satu jalan,
jalan itu sempit,
jadikan jalan itu sehala,
untuk cari jalan keluar,
aku tiada pilihan lain,
melainkan terus berjalan,
di atas jalan sehala itu,
terus berjalan,
sampai aku jumpa,
jalan keluar,
untuk bertemu dunia...

Wednesday, July 6, 2011

sayang bonda!!



aku sayang mak aku!
walaupon dia jarang tau apa yang aku nak,
tapi dia tak pernah gagal,
tau apa yang aku perlu..

='>

ok fine pernah.
jarang la tapi..

Saturday, June 25, 2011

dan puak-puak ini terbentuk..

mana datang puak-puak ni??
tercipta berdasarkan persamaan yang dimiliki
oleh satu golongan manusiakah??

terciptanya puak-puak ini mungkin perkara biasa,

namun,

akan jadi tidak biasa bila berlaku kutuk mengutuk sesama puak,
lagi lagi,
di tempat yang nyata dan awam.

bila manusia rasa dia sempurna,
dia mula mencari cela orang lain,
memaparkannya secara terang,
dan mengharapkan orang lain berubah,
menjadi "sempurna" sepertinya.

mungkin bukan cela orang yang dicari??
tak kasar kan kalau aku nak cakap,
orang-orang macam ni,
sebenarnya nak cari publisiti.

ke,
kurang kasih sayang??
=/
sori la.
serius aku anti orang yang bajet best.
sila merendah diri.
kalau rasa susah,
sila bukak surah Al-Maun.
sekian..

Saturday, June 18, 2011

this is my abah!


ni abah aku,
arwah abah aku
Yusof bin Salleh

abah aku otai
sebab mana2 dia pegi
dia pakai kain pelekat
hak2!
comei kn abah aku??
abah aku penceramah bebas
bak kata mak aku la

abah aku bgi ceramah pakai microfon.
skrg aku dh nmpak,
kenapa aku suka microfon..
hmm..tkda kaitan myb??

dia pergi masa tu umur aku 6 tahun
masa tu raya ke..6
ka 10??
ok tkpa

even tk byk bnda yg aku igt time aku dgn abah aku dulu
tapi ada satu benda yang aku takkan lupa
sampai sekarang
dia pernah menangis time aku demam
sweet kn abah aku?? ='>

abah aku loyar burok
n perangai tu,
abang aku dapat
haha!
srius..

ok.tu ja
SELAMAT HARI ABAH UNTUK SEMUA!








SELAMAT HARI BAPA/AYAH/ABAH/PAPA/ABI =)

Friday, June 17, 2011

dan aku diduga

tadi kelas medicine. PG ambik kelas hri ni. kami belajar pasal x ray.
dia pon tunjuk byk2 gmbr x ray n suruh budak2 diagnose.maka,
riuh rendah la kelas cuba teka2 jwpn. smpai satu slide ni,tunjuk gambar X ray
yg mmg nmpk mcm lung collapse.so, aku pon kluarkan jwpn yg aku konfiden sgt btol. apatah lagi
tkda org pon sebut jwpn tu.
n PG tu pon ckp dia punya diagnosis is lung collapse. aku pon dgn riaknya ckp
"yeah.." aku agk dia dgr mungkin.aku rsa kalo aku tk minum kopi pagi tdi, aku takkan
hyper mcm ni.
dan terbukti, aku diduga.
"this is not lung collapse"...PG tu ckp smbil pndang aku.
hmm...
BATAK la!!haha!tak yah ar nk test2..haha!aduhai..
ok.tu ja

Wednesday, June 15, 2011

Ini adalah bencana!!!

bila datang satu fasa
fasa yang mana
rasa ingin makan itu meluap luap,

dan gelombang yang mengarahkan
agar gerakan makan-makan itu berhenti
seakan akan tidak dapat dikesan,

maka,

INI ADALAH BENCANA!!!!
aaahhhhh!!!!!!
bencana ini sungguh menakutkan!!
sungguuuuhhh menakuuutkaaaann....
"={

Saturday, June 11, 2011

kenapa kita kena baca buku??





kenapa kita kena baca buku??
kan seronok kalau ada orang bacakan k park
(ok,nk eja nma buku ni pon aku tk sure mcm mna)
mcm bacakan bedtime stories untuk kita??
er..........

Thursday, June 9, 2011

Kerana Aku Badut Sarkas yang Psycho



aku badut
aku ada sarkas
tapi aku jarang buat persembahan
sangat jarang!
kerana
penonton aku
adalah penonton terpilih
maka bilangannya
hanya satu dalam satu masa

bila datang penonton yang terpilih itu
aku alu alu kan kedatangannya!
kedatangan mereka sebenarnya
kalau nak dirujuk kepada sejarah

aku persembahkan
persembahan yang tulus ikhlas dari hati
terbaik untuk penonton aku
dengan harapan
aku gembira bila melihat mereka gembira
tapi
entah mengapa
mata aku
tidak dapat melihat riak gembira itu
di wajah mereka
dan yang aku lihat
hanya wajah hambar
walau aku tahu
itu hanyalah apa yang aku lihat dari jauh
dan melalui apa yang aku lihat
dari jauh itu
rasa aku
turut mulai hambar

aku sudah mula tidak gembira
untuk membuat persembahan lagi
kerana wajah hambar yang aku lihat
dan persembahan aku
mula menjadi kucar
dan hambar

aku menjadi tidak tenang dengan keadaan itu
dan aku mula menghalau penonton aku
dengan harapan aku tenang selepas melakukan sebegitu
tapi ternyata
takkan pernah keadaan menjadi semudah tu

setelah menghalau penonton terpilihku
aku kembali menutup sarkas aku
dan membuka kembali
apabila datang penonton terpilih yang seterusnya
namun
cerita yang sama akan kembali terjadi
aku hanya mebuka sarkas aku
untuk menghalau penonton terpilihku
dan membiar pentasku
sepi tanpa sebarang bunyi

kenapa???

kerana aku
badut sarkas yang psycho
haha...


*takda sebarang rasa,just rasa nak menulis
~.~


Saturday, May 21, 2011

ulang tayang rasa

bila sesuatu perkara yang telah berlaku,
kembali berlaku,
kita panggil ulang tayang peristiwa,

bila sesuatu perkara berlaku,
disertakan dgn sesuatu rasa,
dan ianya kembali berlaku,
dan terjadilah,
ulang tayang rasa..

mengertilah,
telah aku usahakan yg terbaik,
buat kita,
dan sekiranya yg terbaik itu,
bukan milik kita,
jangan kau ubah indahnya dulu,
percayalah,
kau sesuatu buat aku.

teman,
sekiranya hatimu telah ku calar,
sila terima gelombang maafku,
yg aku hantar,
melalui mindaku yang berkecamuk..
maafkan aku.

Monday, May 16, 2011

Dah Tak Ada..

minggu ni group aku posting di casualty.dh smggu posting, sbtu bru2 ni bru ad kelas.
hri ni,hri isnin,bru rsa casualty tu hidup.byk kes hri ni!ok..
setibanya di bilik kecemasan or casualty room tu, kami pon lepak kt satu ruang yg ksong.
sebelah tu ad sorg pak cik tgh baring kaki bebalut n still nmpk darah dekat kaki dia.
ktrg pon tgk pak cik tu lma2.

"asal kaki je berdarah ek?tmpt lain tk luka pon" kata salah sorg kwn aku la.
aku pon jwb.huhu."o..msti pak cik ni kena langgar dgn moto ka ap.msti dia jln kaki.tk pon naek basikal.tempe kn suka lintas jln tiba2 gtu". kata aku la yg mmg agk hangin dgn masyarakat sini.suka hti mak nenek tiri dia ja nk lintas! dgn moto lagi, org lintas lagi, bas samseng bkn maen, lembu lgi!haha.adeh..

so,kami pon teroskan aktiviti melepak.dlu2, kami suka borak kosong.tpi skrg, semua org dh matang agknya.topik kami,topik2 bnda yg kami dh blajar.agk hensem la kami skrg neh.
so..teros borak,bincang,tiba2...

"aiyyooooo!!!!njhw32ye37qdgqq!! dueihndcensxo!" dgr org menjerit dlm bahasa kannada. ditmbh dgn.."bum!bum!" er..tu bunyi org tepuk2 something.
so, ktrg igt tu pak cik tdi.menjerit sakit.
so, ktrg teros gerak dri tmpt tu.tpi bila kami lalu, n nmpk kt celah2 langsir,kami nmpk
ada sorg laki tgh nanges sebelah pak cik tu.ketuk2 dada smbil nanges.pak cik tu pandang atas je, mcm malas nk layan la.
so, ktrg pon blah, lepak kt tmpt laen pulak.huhu.

tangisan masih kedengaran.ok.ayat tk brapa bole blah.
salah sorg dri kwn aku lgi, tiba2 rsa nk ty dekat one of the nurse dekat situ.smbg cket.aku
rsa pak cik tu kena seizure.sbb sakit sgt ke kaki dia mgkin.tu yg dia diam n pandang ats.
tk pon, sbb dia sawan mungkin,n dia eksiden...er...ok!
smbg blek kt part kwn aku ty nurse tu.
"er..actually,what's wrong with the uncle??"kata kwn aku.
nurse tu, dgn muka selamba ckp..
"we don't know. somebody sent him here expired already".something gtu la dia ckp.
dan tatkala tu.terbeliak la mata semua org kt bilik tu.
ya Allah, pak cik dh meninggal rupanya..
patut la laki tu anges ketuk2 dada, n patut la pak cik tu pandang atas ja!!!
rupanya pak cik tu dh tak ada..
srius, ni pengalaman yg tk mungkin aku lupa.lepak sebelah mayat, tnpa mengetahui bahawa
itu adalah mayat.hhmm...

Thursday, May 5, 2011

kerana rasa tanggungjawab

tak semua yang kita buat kita suka
ada pulak benda yang kita buat
kita suka pada awlnya
tak la suka
ok2 la..
tapi lama2
jadi tak suka

haish..
mcm mana nk luahkan
secara depan2?
tak semudah tu!
tak semudah tu

benda2 kecik
lagi remeh
kalau dibiarkn
bole jadi besar
bole jdi bom!

tolong la..
ayuh lakukan atas dasar rasa tanggungjawab
lakukan apa yg patut
sekurang kurangnya
ke atas apa yg menjadi milik kamu dan kamu
kembalikan rasa ikhlas aku
dan aku akan lakukan lebih
untuk kamu dan kamu

hmm..
tak senang nk tulis direct
tapi
tuhan ja yg tahu
betapa aku ingin
kamu dan kamu sedar akan hakikat tu
={

Tuesday, May 3, 2011

Friday, April 29, 2011

Belum bersedia untuk mengikhlaskan

pagi tadi, Teng belek fon aku,n ayat biasa aku akan ckp
"Nokia je.hehe" sbb rupa dia from jauh mcm BB n skrg BB kn trend gtu,
maka sbb tu ayat gtu terkeluar.Aku tk suka puji bnda yg aku ad, jarang la!
termasuk fon aku.Aku tau dia tk sberapa kalau nk dibandingkan dgn BB,
tpi, sriusly,aku syg fon aku.. ='{

dan di kala aku tk menghargainya,mungkin secara luaran,
Nokia yg bru aku beli pon merajuk dgn aku..huhu
hilang time aku blek posting tdi..huu..

ke hulu ke hilir aku jalan cari, susahkan ramai orang,
call n call tnpa rsa jemu fon aku pakai fon siapa2 je yg
aku jmpa tgh jalan.n jalan sambil nanges mcm prmpuan sewel,(tk meraung la tapi)
srius mana dia prgi??dan tatkala kecoh2 dgn zaira, balqis,soli n hazrul,
aku tba2 rasa mcm nk ikhlaskan ja.

bila balek rumah, aku cuba telefon, n orang tu angkat!
agaknya, selama dia berdering, fon aku masih sndri,
smpai la ada orang perasan dia wujud.
tapi dia tk layan aku n bila aku call blek, sprti pakar2 pencuri fon yg lain,
of coz insan tersebut pon meng off kn fon aku.
dan tatkala terserlah kejahatn insan tersebut,
of coz! aku BELUM BERSEDIA UNTUK MENGIKHLASKAN
fon aku.
esok, lusa, mggu dpan myb???
huaaaa...

moga waras aku lagi gagah dari marah aku.

Wednesday, April 27, 2011





This is Marley! our baby's baby..





even muka dia sgt ganas dan garang,
mcm inspektor misai gitu,
tapi sebenarnya, dia la anak baby
yg paaaaaaling sweet!!!







dia selalu jilat adik-beradik dia yg lain!
dia jugak suka jilat sesiapa saja walaupun
bukan adik-beradik dia.termasuk manusia.
huhu..
rasanya, bila dia besar nanti, dia akan jadi seekor
kucing hensem yg saaaangat romantik,
mcm bapak dia, Teddy!






ok, ni bkn Teddy..






Saturday, April 23, 2011

apa persamaan permpuan dengan kucing???



apa yang aku nk tulis ni
tk langsung dipengaruhi oleh situasi aku skrg ni
juz bru hbes tgk satu video
yg org post dekat facebook
n aku terfikir bnda ni
hehe

apa persamaan perempuan dengan kucing?
aku tk ckp semua perempuan sama.
mcm kucing jugak,
tak semua kucing sama.
er...

selain dari mkn, minum, tido, dan beberapa
perkara lain yg tk payah kot nk di sebut,
aku rasa,
samanya kucing dan perempuan ialah..

mereka perlukan kebebasan,
tapi dalam masa yg sama
mereka perlukan kasih sayang

perghh..cam geli siot ayat tu!
tpi
let say la kalo ad lelaki yg baca,
KALAU ok..
sbb mcm biasa
haha
aku tk harap sgt pon org bca blog aku.
tpi let say la kalo ad lelaki baca
aku rsa diorg patut tau tuh..

tk payah hurai panjang2 kot pasal
benda neh
simple. sgt simple!
so..
tu ja la!
hehe


Wednesday, April 20, 2011

Padan

apa yang aku rasa
apa yang aku dah dapat
apa yang aku dah buat
segalanya dah ditentukan dengan
padanan yang tepat
mungkin tak di mata aku sekarang ni
sesungguhnya
hanya Dia yang tahu

apa jugak rasa yang aku rasa
takkan boleh undur balik
apa saja yang dah jadi

walau aku cuba padankan
semua benda
dari apa yang aku rasa
dengan apa yang dah dapat
dan apa yang aku dah buat
tetap
takkan dapat ubah apa apa pun
sesungguhnya
hanya Dia yang mampu tentukan semua

kecewa dengan apa yang dah jadi?
aku harap kecewa bukan lah
satu rasa yang salah
sebaliknya
jadi peta
untuk aku tuju ke satu destinasi
yang bernama,
cemerlang

Thursday, March 17, 2011

dan sekarang aku faham

duduk dekat rumah
sorang2..
takda benda nak buat
ada benda!
tapi takda yg urgen
so,dikira takda la tuh..
huhu..

ada lap top,
ada ja kawan dekat rumah sebelah
ada ja makanan
ada ja katil untuk aku tido
tapi aku tetap rasa bosan
n ni, baru satu hari..
satu hari

aku selalu rasa aku faham
tapi sebenarnya tak
sebab
kita takkan betul2 dapat faham
sesuatu perasaan
selagi kita tak alami sendiri
keadaan dan perasaan yang sama
atau hampir sama

kalau ni la rasa yang mak aku rasa hari2..
sungguh..
dia sangat tabah!
sangat tabah...

Sunday, March 13, 2011

kalau malas tu..

kalau malas tu kertas,
dah lama aku cucuh kat api,
bakar..bakar!!!
sampai rentung..
sampai jadi abu..

kalau malas tu api,
akan aku curah dgn satu kolam air,
sampai terpadam terus,
langsung!
bara pon tak tinggal..

kalau malas tu organ dalaman,
aku rela di bedah sekarang!
tak bius pon tkpa!
srius...

oh malas..
mna dtg rsa malas ni??
aku ternak kah sblom ni???
er..
malas..
lepak tempat laen dlu..
esok ad exam..
pi main tempat laen dlu ek! ^.^
sok lusa dtg balek..
ok??
hee =">

Tuesday, March 8, 2011

exam paling susah..



bercakap pasal exam
semua orang kecut
nak lagi kecut
jom sembang pasal final
final di university
yg mna markah exam final dia
lebeh kurang 70%
drpda markah keseluruhan
senang ckp
bnda yg kita belajar lebeh kurang setahun setengah
seakan akan ditentukan
dlm hanya masa
SATU MINGGU SETENGAH!
pergh..

bercakap pasal exam
exam yg susah di sebuah kelas
yg tk mcm kelas untuk exam final
sbb kelas tu sgt bising
sgt sgt sgt sgt bising!
agak2, pusat penjagaan kanak2 lgi cool kot
hmm =/ ?
ok..
bercakap pasal exam
yg susah
dan tatkala tu
aku di examkan dgn exam tambahan;
exam hati dan perasaan..

betapa susah nya exam hati ni
setiap saat setiap detik aku kena peka
kalau exam MBBS ambik masa 3 jam,
untuk satu subjek,
exam ni ambik masa hampir 24 jam!

betapa susahnya exam hati ni
semuanya sgt subjektif!
sgt sgt sgt sgt subjektif..
aku boleh letak jawapan dia mcm ni,
dan susulan dia akan begini..
aku boleh letak jawapan dia mcm tu,
dan susulan dia akan begitu..
er...

yang pasti
bagi aku
benda yang paling susah pasal exam
apa2 exam pon
ialah exam dalaman
exam nak berperang dgn mcm2 rasa!
kita nak satu rasa ja
tapi yang dtg
sejuta mcm rasa
yg cuba tarik kita untuk mendapatkan satu rasa yang kita nak
SEJUTA LAWAN SATU
tuhan ja yg tahu
susahnya mcm mana

dan sgt betul
jihad yang paling besar
ialah jihad melawan nafsu
kalah jihad kat situ
dan kita tak akan menang
even satu peperangan pun!

dan sungguh
exam ni la yg paling susah
sbb exam ni
kita akan hadap
bukan ja sampai sekarang
atau sampai exam practical
yang mula hari jumaat ni
tapi exam ni
kita kena hadap
sampai kita mati!
sampai kita mati..

accept differences (music)

kami kembali normal

8 March 2011..
tarikh keramat..
tarikh kami,
kembali menjadi manusia normal..
Alhamdulillah..

Friday, February 18, 2011

i syg u..

i syg u..
i syg gila kt u!!
srius!
u buat i hepi..
u buat i lupa semua masalah i..
u ja yg layan i punya gila..

bila i bosan,
i cari u..
n u, tk penah jemu ntok buat i tk jemu..
(??????)

u u..
jgn sedeh tau..

i terpaksa tggalkn u sementara..
jujur, i tk bole study u kt cni..

u....
u tk kesahkn,
lepak dlm almari barang smggu dua??

dun wori..
dlm smggu dua tu,
i akn cari u juga,
even skjap..

hp ku syg,
kita pisah kejap..
u jga dri tau!
tau...!
='}

Sunday, February 13, 2011

saja2 nk tulis..

tdi aku bkk page sorg kwn aku neh.
dia sgt hot skrg.
dgn cerita2 dia, n of coz blog dia..
n dia punya followers,my God! beratus!
n aku??hahah!
tpi, apa kesah?

aku hepi gini..
aku tulis,
aku jgak yg bca.hak2~ so.."comel"
ok..tu bkn cerita sbnr ntok post kali ni..

juz nk singkap cket,
time aku borak dgn nisa siang tdi..
dia dtg bilik aku, ngan muka penyet,
ckp dia dh bosan study..
then dia ty, kena hafal apa pon for forensic,
n aku pn ckp la, bla2 bla2..
n aku ad offer nk ajr dia cara hafal yg umor2 X ray smtg..
tpi aku nk ajar, cara tu serabut sbnrnya..hehe
n dia ckp, tkpe2, dia ok je dgn bnda tu.
dia suka mengahafal!
then aku pulak ckp, aku tk suka hafal!
dia ckp dia tk suka berfikir..
n aku ckp, aku prefer berfikir!

em..itu hanya cerita pembuka..
apa yg aku nk kupas ialah...
bila aku renung2kan balek..

kita ni, as pelajar la..
mcm di beri senjata2 yg berbeza..
ntok kita guna,waktu perang nnti..
bergantung dkat kita mcm mna nk memanfaatkan
senjata tu sebaik mgkin..
lain senjata,
lain cara nk guna..
time berlatih b4 perang,
berlatih pakai senjata yg kita ada..
asah senjata yg kita ada..
kena hargai senjata yg Dia dh bgi..

ada org diberi senjata yg sgt hebat!
ala2 bom gtu..
n kita diberi senjata,
cuma sebatang sumpit..
mcm mna nk menang??
lagi2 dlm perang yg sgt besar!
mcm mna???

ingat..selagi kita still berhubungan
dgn si Dia yg menjadi pembekal senjata,
setia berhubung dgn penuh rasa,
tanpa jemu,tanpa putus asa..
kita bole minta senjata yg jauh lagi hebat!
jauh lagi maju, lagi mantap, lagi superb..

dan bawaklah senjata yg superb tu pergi berperang..
dgn harapan, perang kali ni berpihak pada kita..

aku yg masih dlm peringkat mencari cari ni,
tepaksa cipta mcm2 ideologi,
as motivasi diri sendiri..
even byk motivasi aku kutip dari dunia keliling,
yang paling kuat,
of coz la yg dtg dari aku sendiri..
=)

Saturday, February 12, 2011

apa kes??



"apa kes lepak2 sini??
apa kes lepak2 kt muka??
apa kes lepak2 kt muka aku??
hah??
haaaah????"

kata aku kpada jerawat2 aku..

Tuesday, February 8, 2011

Exam tamat lagi!

ok
skrg aku dgn poyo nya membukak blog aku ntok
di upgrade kn..
hehe

tk hepi,
tk sedeh..
er..sedeh sbnrnya..
tpi ad byk lagi chapter aku kena bkk lpas neh..

mcm biasa
bila exam
byk dugaan,
bnda2 yg tk patot digolongkn sbgai bnda yg menduga
tiba2 jdi bnda yg mampu mengucar kacirkan seluruh jiwa raga
hati jantung perasaan aku sbgai seorang manusia..

tergugat rasa dan ego..
pergh...
tercabar rasa sabar
hilang sedikit rasional..

tk tau keadaan yg salah
atau aku yg bermasalah??
ok myb aku.
yg pasti..
aku perlu
harus
sepatutnya
wajib
ok dah..
aku perlu...
BELAJAR ILMU IKHLAS..

siapa tok guru aku?
aku dan pengalaman2 aku..

Monday, January 24, 2011

Stress?? apa kaitan stress dan siput?? =/



stress??
ap itu stress?
stress=thinking about microbiology
huhu..
kalo dh msok patho, forensic... PHARMACO (-.-")
itu semua stress kuasa sepulo..(pija penah ajar pkai perkataan kuasa2 neh)

stress tk bgos.
tk stress lagi la tk bgos.
langsung tk gerak..

masa bergerak mcm LRT
n aku bergerak mcm siput.
o tak2, siput otai lgi myb..

huuu...
siput...
semput..
wu...
='{

toing toing toing! @.#
ok dah

Sunday, January 16, 2011

kalau aku ada mesin masa



kalau aku ada mesin masa
aku akan patah balik ke masa dulu
masa di mna segalanya belom bermula
segalanya masih kosong
masih segar
masih bersih
masih tiada hati hati yg terluka

kalau aku ada mesin masa
aku akan patah balik ke masa dulu
untuk aku karang sebuah cerita baru
cerita yang tidak melibatkan sebarang watak
kecuali aku
hanya aku

kalau aku ada mesin masa
aku akan pergi ke masa hadapan
untuk melihat keadaan kamu
yang lebih sempurna
agar aku hari ini
tidak terlalu terluka
melihat kamu yg juga sedang terluka..



Tuesday, January 11, 2011

Tilu - Ku Bukan Aku (Lirik).flv

semua tak kena

secara normal nya,
aku akn tulis blog
bila aku beremosi sja
bila aku hepi
bila aku sedih
bila aku marah
bila dan bila bila..

kalau lapar dikira sebagai sejenis emosi
maka
tepat la sgt pilihan aku nk tulis blog skrg neh
even bukan lapar je yg aku rsa

sebulan sekali
ini mesti jadi
bukan sesuatu yg aku dan jugak perempuan2 lain
tanam n baja dlm kepala hotak
ini natural

sebulan sekali
kami akan jadi sgt kuat!

kuat makan
kuat tido
kuat marah
kuat merajuk

dan waktu ni jugak
kami akan jadi sgt lemah
lemah dari segi emosi

sekarang
semua tak kena.
SEMUA!!!
seeeeeeeeeeeeemuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..
eh,dh siang..hehe

gilakah aku?
msti la tak!
hahahahaahaaha!!!
suka lak
raya ke??
@.#

Saturday, January 8, 2011

cucu lagi

cucu aku dh pndai jalan!
tpi tk bkk mata lagi
diorg jalan mcm org buta
langgar semua bnda
sooo cute!
^^
rsa nk lempang pon ad

yang baby lak
tk hbes2 nk pindah2 kn ank2 dia
tak tau lah nk bwk hijrah ke mana
takkan bole dia lari dri bangunan
raghuram neh.
dlm byk2 ank dia
marble je dia tk hangkut skali
sbb berat
my god!
tekejot kot aku tgk perot budak tuh
sgt besar!
haha
sooo cute!
again..hak2

buat cucu2 nenek,
besar la cepat!
nenek nk lambung korg
mcm nenek lambung mak korg
;p

mintak maaf

kerana aku diam,
aku mintak maaf


kerana aku keliru,
aku mintak maaf

kerana aku tk tau berterus terang
aku mintak maaf

kerana aku ingin kekal begini,
aku mintak maaf

aku mintak maaf,
untuk semua perkara,
kita berhenti di sini,
jangan cari aku lagi.
sebagai aku yang dulu.