Thursday, January 23, 2014

Allah hilangkan sesuatu,
dan Allah gantikan dengan sesuatu yang baru,
hanya dengan silap nan sekecil buah ciku,
siapa sangka kesannya bagai dihempap satu guni durian.

Aku pertikaikan,
awat la banyak sangat drama dalam hidup aku,
tapi sebenarnya,
aku rasa banyak sebab aku belum meninjau hidup orang lain.

Cuai aku nan kecik ni,
bukan sahaja asbab untuk takdir yang sedang jadi ni,
tapi jugak peringatan tulus dari Dia.

Moga Allah kuatkan hati aku,
untuk hadap hari sabtu ni.
Huhu.

Aura positif,
datang la~
datang la~~~



Sunday, January 19, 2014

mungkin aku belum matang

bila bertemu saudara sedarah sedaging,
jujur,
aku suka dengan mereka-mereka yang banyak berbicara,
biar itu komunikasi sehala,
sebab aku katogerikan diri sendiri sebagai pendengar yang baik,
so,
aku akan top up top up saja.

bila bertemu saudara sedarah sedaging,
yang pendiam,
main henpon,
diam,
dan diam lagi,
membuatkan sesi pertemuan tu,
lagi elok kalau berlangsung 5 minit sahaja,
lagi lemas perut,
kalau mereka lebih tua,
awkward moment tu,
berganda ganda jadinya.

bila kita mula berbicara,
sepatah kita tanya,
sepatah la dijawab,
sebab aku perempuan and dia jugak perempuankah?
sebab dengan abang aku,
macam ok2 saja.
ka sebab aku tak pandai borak?

come on,
aku sangat mesra orangnya,
bagi aku satu kebaikan,
insyaAllah akan aku gandakan jdi sepuluh.

bila jadi macam ni,
aku jadi trauma nak berjumpa lagi,
mungkin itu buruknya aku,
bila aku tak dapat adapt dengan sesuatu,
aku pilih untuk mengelak.

sepanjang percutian aku baru baru ini,
ada yang buat aku sedar betapa pentingnya menjaga
silaturrahim sesama saudara,
dan ada yang buat aku rasa sebaliknya

mungkin aku belum matang