Thursday, June 9, 2011

Kerana Aku Badut Sarkas yang Psycho



aku badut
aku ada sarkas
tapi aku jarang buat persembahan
sangat jarang!
kerana
penonton aku
adalah penonton terpilih
maka bilangannya
hanya satu dalam satu masa

bila datang penonton yang terpilih itu
aku alu alu kan kedatangannya!
kedatangan mereka sebenarnya
kalau nak dirujuk kepada sejarah

aku persembahkan
persembahan yang tulus ikhlas dari hati
terbaik untuk penonton aku
dengan harapan
aku gembira bila melihat mereka gembira
tapi
entah mengapa
mata aku
tidak dapat melihat riak gembira itu
di wajah mereka
dan yang aku lihat
hanya wajah hambar
walau aku tahu
itu hanyalah apa yang aku lihat dari jauh
dan melalui apa yang aku lihat
dari jauh itu
rasa aku
turut mulai hambar

aku sudah mula tidak gembira
untuk membuat persembahan lagi
kerana wajah hambar yang aku lihat
dan persembahan aku
mula menjadi kucar
dan hambar

aku menjadi tidak tenang dengan keadaan itu
dan aku mula menghalau penonton aku
dengan harapan aku tenang selepas melakukan sebegitu
tapi ternyata
takkan pernah keadaan menjadi semudah tu

setelah menghalau penonton terpilihku
aku kembali menutup sarkas aku
dan membuka kembali
apabila datang penonton terpilih yang seterusnya
namun
cerita yang sama akan kembali terjadi
aku hanya mebuka sarkas aku
untuk menghalau penonton terpilihku
dan membiar pentasku
sepi tanpa sebarang bunyi

kenapa???

kerana aku
badut sarkas yang psycho
haha...


*takda sebarang rasa,just rasa nak menulis
~.~


No comments:

Post a Comment