Friday, May 17, 2013

Beria ria menunjukkan cinta pada yang belum halal?
aku kata itu zalim.
Sebab maksud zalim itu sendiri,
tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Simpan kobarmu,
simpan cintamu,
simpan romantismu,
khas buat dia yang halal.
Usaha tidak salah,
tak pernah salah,
tahu batasmu,
tahu niat dan kehendakmu,
tahu di mana posisi doamu.

Simpan kobarmu,
sederhanakan saja.



Tuesday, May 14, 2013

Rasa selalu terbahagi dua,
untuk benda yg kita telah ada,
dan benda yang kita mahu ada.

Lantaran sukar untuk memilih antara dua,
atau takut hilang akan keduanya,
pilih jalan selamat,
diam, dan doa.

Tak semua yang kita suka baik untuk kita,
manisnya gula masih mampu mengundang satu juta bahaya,
pahit ubat jugak yg nanti kita pilih untuk sihatkan kita,
doa untuk dapatkan yang terbaik,
bukan untuk dapatkan yang kita suka,
sebab yang kita suka,
tak semestinya baik untuk kita.
Hei, Allah lagi tahu semua =)

Monday, May 6, 2013

teguran dulu...


teguran dulu,
khas buat kamu yang sangat aku sayangi,
demi melihat sejahteranya hidup kamu, dia, aku dan kita,
aku sampaikan kerisauan aku tentang hidup,
tentang mati,
dan tentang penghidupan kembali.

teguran dulu,
bukan kerna aku merasakan muliaku setaraf malaikat,
tapi kerna aku mahu sekurangnya kita  bersama bila tiba masa Allah mengizinkan,
tegurku,
kerna aku sangat sayang.

rajukku,
bukan kerna aku benci,
bukan kerna marahku dengan duit kita yang makin berkurang,
rajukku kerna aku mahukan perubahan,
tidak mendadak,
asal berganjak,
tahulah kamu,
tahulah,
sesungguhnya aku sangat sayangkan kamu,
kerna kamu,
darah dagingku.