Wednesday, November 14, 2012

Hijrah




Perubahan barangkali menakutkan,
bila perkara yang kita harap berkekalan,
tidak berkekalan,
tapi,
bukankah itu sebenarnya dunia dan kehidupan?

Pemegang hati manusia itu Dia,
pemegang waktu silam,
kini,
dan hari-hari mendatang juga Dia,
maka,
bukankah sandaran seperlunya hanya pada Dia?


Hijrah itu sunnah,
dan sesungguhnya,
sunnah itu sarat dengan hikmah.

Salam Maal Hijrah =)


Saturday, October 13, 2012

wanita dan sawan


wanita dan sawan..
em..
sawan yg dtg sekejap sekejap,
pada perempuan,
dipercayai berpunca dari hormon,
yg parasnya bertukar tukar,
hampir setiap hari.

sawan semalam-semalam,
bersama post yg berstatuskan kesedihan,
ketakutan,
dan penuh dengan rasa hambar,
em....
aku pilih untuk salahkan hormon.
hehe

sebab,
kalau nk dinilaikan balik,
hidup ni takda la seteruk mana.
"gelap" tu,
tkda la gelap mana.

wanita dan sawan,
atau lebih tepat,
wanita,
dan hormon!
cliche.

Sunday, May 20, 2012

Wednesday, April 25, 2012


Aku abaikan seribu tanda,
aku bertarung dengan sejuta rasa,
kerana aku masih mahu kamu di sini,
tak perlu kamu kembali seperti dulu,
cukup jika kamu ada.
Tapi,
apalah sangat daya aku nak dibandingkan dengan kuasa Tuhan,
apalah sangat cinta aku nak dibandingkan dengan cinta Tuhan.
Mak,
adik sayang mak,
tapi Allah lagi sayangkan mak.
Jika redha adik boleh buat mak tenang,
adik redha,
mak...

Friday, April 13, 2012

satu demi satu

Satu demi satu berita,
satu demi satu cerita,
satu demi satu alasan,
satu demi satu harapan.

Tuhan,
Kau tahu yang terbaik,
kuatkan hati aku,
akal aku,
sabar aku.

Jadikan aku tahu,
yang aku ini istimewa,
cukup istimewa,
untuk menerima cabaranMu,
cukup istimewa,
untuk tahu,
yang Kau tahu aku mampu.
=)

Sunday, March 18, 2012


kulari
ke hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci

Aku ngin bingar
aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh

Ah...ada malaikat menyulam
jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera

Atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai ........

Friday, March 16, 2012

Satu Lagi

Satu lagi eksiden,
hari ini,
dalam sejarah.
Eksiden yang paling legend,
sebab aku bawak anak orang.
Trauma???
hmmm...

Cuba bayangkan,
jalan besar, sebesar highway.
Kereta, motor,bas,lori, termasuk jugak lembu,
berlumba lumba kat jalan tu,
semua nak laju.
paling cikai 30 km sejam la kot.
n tiba2 kluar satu kereta merah,dari tepi jalan,
tengah REVERSE dgn lajunya!
aku hon!dari jauh.
byk kali.byk kaaaaliiiii!!!dgn harapan, dia pakai otak dan berenti jap undur kereta dia yang gedabak besar tu..tapi, mgkin time tu dia tertinggal otak dia kat rumah..
Fine dia tak langgar aku,
tapi aku manusia kot.ada reflex!bezanya, reflex aku cam over cket la.huhu
n aku break skuter aku dgn secara tiba2nya.
dan...

haish..
Malas nak gaduh tadi, sebab tak sakit.
Sekarang, satu badan sakit!
baru rasa nak gaduh.

Wednesday, February 29, 2012

Common sense...

Bila kita buat baik,
dan bila kita harap orang buat baik balik dekat kita,
normal la kan?? =/

Bila kita dengar orang bercerita,
dan kita nak orang dengar balik kita bercerita,
normal la kan??

Bila kita cuba jaga hati orang,
dan kita harap orang cuba jaga hati kita,
sumpah,
benda tu normal la kan??

Ini bukan post emo aku,
anggap saja ni luahan hati dari sorang hamba Allah ni.
Aku dengar,
dan aku fikir.
Ramai lagi manusia yang matang usianya,
masih kurang matang untuk berfikir dan bertindak.

Common sense maaa...

Kita tak payah jadi malaikat,
cukup untuk kita menjadi peka,
dan bertindak mengikut fitrah.

Sebab lumrahnya,
manusia menghakim mengikut rasa,
bukan akal.

Monday, February 20, 2012

Cubit paha kiri,paha kanan terasa?

Sesakit mana pun hati kita bila ada orang calarkan,
percayalah,
lagi sakit sebenanrnya bila kita dapat tahu hati ahli keluarga kita yang dicalarkan.

Tercabar macam mana pun kita bila maruah kita ada orang perlekehkan,
tercabar lagi bila maruah ahli keluarga kita diperlekehkan!

Cubit paha kiri,
paha kanan bukan setakat terasa,
boleh remuk hancur tulang jadinya.

Kalau mereka,
ahli keluarga aku,
masih kecil,
masih minor,
mesti aku bela nasib satu per satu macam seorang abang membela nasib adiknya yang sedang lembik dihanyak pembuli!

Tapi semua sudah dewasa,
masalah pun,
masalah-masalah orang dewasa.
Aku yang masih belum cukup dewasa,
hanya mampu berkongsi rasa sakit dari jauh.

Betapa kucar kacirnya jiwa dan emosi mereka sekarang,
aku harap,
benar-benar harap,
semuanya sekejap.
Sebab aku tak tahan hidup dalam kacau bilau jiwa,
bila aku tahu keluarga aku tidak setenang dan sebahagia selalu.

Wednesday, February 15, 2012

Jangan salahkan mereka

Jangan salahkan mereka,
mereka datang atas jemputan takdir,
mereka pergi juga atas permintaan takdir.
Takdir aturkan semua itu atas tuntutan pengalaman,
dan pengalaman lakukan semua itu atas arahan kehidupan.

Cepat atau lambat,
bukan kiraan utama.
Ambil masa untuk menerima,
dan ambil masa untuk menyerah,
kamu berhak.

Dan jika kamu gagal lakukan itu,
ingat,
Tuhan tahu yang terbaik,
dan semestinya,
Dia akan beri yang terbaik.

Hanya Dia tahu,
hanya Dia tahu...

Friday, February 3, 2012

Saturday, January 28, 2012

My First Male Friend...

My brother is my first male friend in life.
No one will understand my craziness like my brother..
Even if we don't get together,or talk as much as we'd like,he always remains my friend.
While people come and go in my life,my brother will always be in my heart for a lifetime..

#sure berayaq mata abang aku kalau dia baca. I mean,kalau dia faham la.hehe..

nak jadi kelakar?bole..tapi jgn sampai hilang sensitivity

Friday, January 27, 2012

Hadiah besday idaman

Besday dh dekat,
bila kwn2 ty nak hadiah besday ap,
aku akn ckp,
nak perfume la, kasut la, helmet la..
tapi sebenarnya, ad something yg aku nak.
something yg aku tak rsa ada orang mampu bagi..

Aku nak sgt,
nak sgt sgt sgt sgt sgt sgt,
pintu doremon.
huhu..
so that aku bole balik Malaysia bila2 masa aku suka.
tak payah pegi tempat lain pon tkpa,
kalo pintu tu exclusive untuk pegi balek India-M'sia pon,
aku dh besyukur sgt2!

See,
kan aku dh ckp.
tkda siapa boleh bagi.
huhu cacat.

haih..serius,
aku rindu Malaysia.
Dan seisinya.

Wednesday, January 25, 2012

"wonder-la~" =/

"wonder-la~mna dtg nya benda yg kita slalu minum ni ek??whooahh..byk plak tu!"
kata kucing2 aku sambil lepak di atas meja melihat rumah aku yg kini menjadi seperti wonderla.

.....

.....

.....

Bunyi cm psycho kn??kan??????
={
ke-psycho-an aku bersebab..

Apa sebabnya??
Sebabnya..rumah aku dh jdi wonderla la!
Itu adalah kerana betapa bataknya aku ni, tak tutup paip emergency!

Tapi tu la kan..benda nak jadi.
Kun fayakun.

Esok, cuti yg menjadi idaman setiap warga india, termasuk aku yg menumpang hidup kt negara ni,
akan diisi dgn aktiviti,
berasaskan seorang bibik.
Indahnya.. =)

Wednesday, January 18, 2012

Percutian Ciptaan Sendiri!

extend cuti!!
itu benda normal.
dari 1st year duduk kt negara kari ni,
aku dh buat kerja tu..
itu adalah antara benda paling berbaloi dalam dunia untuk aku buat.
meletakkan jasad dan roh aku di Malaysia,
adalah satu benda yg saaangat indah dan barakah!
hehe.
tiada sesalan,
tiada kerugian.

tapi...
percutian OTAK ciptaan sendiri,
benda ni sangat...teruk.
sesak nafas bila tiba masa OTAK YANG BERISI diperlukan.
ya Tuhan,
ampunkan aku untuk setiap masa yang aku bazirkan.

Thursday, January 12, 2012

Jika Bukan Masanya

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..

(from iluvislam.com)

Monday, January 9, 2012

G.O.S.I.P.

GOSIP
kalau betul= mengumpat
kalau tak betul=fitnah

GOSIP
boleh naikkan nama orang,
boleh busukkan nama orang.

GOSIP
semua orang suka,
walau tak bergosip,
paling cikai pon,
mesti suka dengar gosip,
yang betul2 kuat iman ja yg dpt tahan diri
dari buat benda ni.
hehe.

GOSIP
ramai yang buat sebab suka-suka,
(up to date gitu)
ada yang buat sebab nak cari perhatian,
(sebab dia yang bukak cerita)
ada yang buat sebab benci dengan orang yang digosip.
(yang tu tak boleh blah la kot)

GOSIP
macam movie.
hebahnya sekejap ja,
keluar movie baru,
orang lupa la yang lama.
so,
buat mereka yang digosip,
tenang aja deh!
keluar gosip baru,
hilang la gosip korang!
=)

Friday, January 6, 2012

Nur Amalina Che Bakri

Nur Amalina Che Bakri.
nama ni kalo kita google, ada dekat wikipedia!
pergh..bangga gila!
but lately,
nama ni jadi seakan akan busuk,
bila tersebarnya gambar dia dlm internet,
gambar dia berpakaian seksi.
nak lagi busuk, dia dikatakan pelajar Malaysia di oversea
yg terkena kejutan budaya!
kaki clubing,kaki minum,
mcm2 kaki.

ada jugak yg ckp,
"Tuhan bagi otak pandai, tapi kalau tak reti nak ikut suruhanNya,tk guna"

emm...

Terserah.
Bagi aku, dia tengah belajar mcm mana nak hidup.
Satu hari kalau ditakdirkan tuhan bagi hidayah,
tak mustahil contribution dia akan jauh lagi besar dari org yg dh berdakwah
berpuluh tahun.
Sebab dia ada otak, ada pengaruh,dan yg paling penting,
dia ada pengalaman.

Terasa terpanggil nak tulis pasal benda ni,
sebab ada sesetengah orang yg tulis kutuk2 pasal dia,
mcm tak pakai otak bila menulis.
Selagi tanggungjawab dia,
untuk belajar,dia pegang, takda alasan untuk orang nak hentam dia
sebegitu teruk skali.

Nak lagi best,langsung semua budak oversea teruk.
Memang ada, tapi tak semua.
Golongan tu, golongan minoriti.

Tapi tu la, benda kecik2 la orang suka nak tengok.
Baru seni.

pelajar yang teruk

aku pelajar yang teruk.
kenapaa?
sebab aku tak reti2 nak belajar.
tak reti nak belajar even aku dah diberi cikgu yg saaangat bagus!

siapa cikgu aku??
SITUASI!

dh tau seksa bersesak bulan lepas mcm mna,
tk jugak serik2.
dah tau duet tu mmg layak buat mkn capati ja hari2,
nak jugak gi shopping!

bila nak belajar ni??
bila???
hah??hah????!!!!!!
ok dah.

Wednesday, January 4, 2012


"Finding the right man for marriage is the second challenge,

The first challenge is to be the right woman that

a right man wants to marry "