Thursday, February 13, 2014

konvo dan unknown lead singer



Sementara ingat,
aku nak tulis cerita ni.
Cerita masa hari konvokesyen, 
bulan lepas.

Selepas melalui satu drama dahsyat yang aku
kononnya tidak dapat masuk konvo dengan kawan2 aku
sebab tak isi pengesahan kehadiran online tu ( huhu aku sangat),
aku pasti konvokesyen pasti menjadi satu hari yang menyayat hati.
Aku mungkin senyum,
memancarkan sinaran dari gigi besi aku ke seluruh MSU baru yang
besar gedabak and agak grand tu,
tapi percaya lah jauh dalam hati aku,
aku sayu.

Tengok kawan2 aku yang mak ayah dia pakaikan baju konvo,
betulkan topi,
tangkap gambar ramai2,
aku pulak datang dengan aida,
pagi2 buta dah gerak, 
nak tempek mekap pn cincai2,
at least family aida ada waktu kami sampai.

Ok terus ke cerita dalam dewan.
Waktu dalam dewan,
touching moment tu berganda actually,
time camera fokus dekat keliling dewan, 
and muka orang2 dalam dewan,
bukan saja sebab takda sorang pn ahli keluarga dalam
dewan tu,
tapi sebab lainnya aku tkda dalam camera tu huhu.
sebab orang yg duduk kat kiri kanan aku dua2 serius orangnya,
so nak gedik2 pn mcm malu.

Tiba moment yang paling aku tk suka,
bila aku dengar music lagu "ayah dan ibu",
dalam hati aku, "damn!aku tak nak nanges wehhhh",
Mata aku dah nak panas,
kalau aku terus pandang skrin kat depan,
sure punya la aku nanges!
so, 
aku tunduk, pandang tepi,pandang pintu,pandang buku konvo.
tapi tiba2..
"Ayah!!ayah dan ibu~"
lead singer dia salah pitch weh! hahaha.
Unknown lead singer,
i love you.
Nak tau, 
benda yang jadi ni mungkin benda kecik,
tapi tak tau kenapa jadi benda yang paling aku ingat.

Tu belum masok cerita topi aku jatuh depan permaisuri Agong lagi.
Seriusly,
aku tak gila glamor untuk plan benda2 macam tu.
Itu asli dan natural,
macam aku.
eh?
At least hari konvokesyen tu,
aku jumpa jugak family aku,
dan kami berkumpul dengan riangnya,
sambil aku dikutuk oleh abang aku,
topik?
Topi terbang.

Sunday, February 2, 2014

Kebenaran atau kebetulan


Bawah mata kiri bergerak or berdenyut,
petanda  yg seseorang tu akan menangis.
kebenaran,
atau hanya kebetulan?

Kurafatkah kepercayaan tu?
sebab selama aku hidup,
kebetulan tu macam terlalu kerap terjadi,
sampai aku jadi ragu ragu dengan kebetulan ni,
secara separa sedar,
tiap kali bawah mata aku bergerak,
jantung aku mula laju,
jiwa aku mula kacau,
sebab turutannya setakat ni tragis belaka,
tinggal dahsyat atau tak saja.

Ibrah?
sejauh mana kepercayaan kita pada takdirNya?
sedih,gembira,
itu cuma rasa,
bagaimana kita mahu kaitkan,
dengan segala ketentuanNya,
pengukur utamanya bukan akal,
tapi iman.

Tak layak rasanya aku berbicara sebegini,
tapi aku percaya,
peringatan sebegini ibarat tali,
yang akan jadi pautan,
bila aku mula sedar yang aku hanyut
dalam dunia mahupun dalam emosi,
dan aku mahu kembali.