Wednesday, April 25, 2012


Aku abaikan seribu tanda,
aku bertarung dengan sejuta rasa,
kerana aku masih mahu kamu di sini,
tak perlu kamu kembali seperti dulu,
cukup jika kamu ada.
Tapi,
apalah sangat daya aku nak dibandingkan dengan kuasa Tuhan,
apalah sangat cinta aku nak dibandingkan dengan cinta Tuhan.
Mak,
adik sayang mak,
tapi Allah lagi sayangkan mak.
Jika redha adik boleh buat mak tenang,
adik redha,
mak...

Friday, April 13, 2012

satu demi satu

Satu demi satu berita,
satu demi satu cerita,
satu demi satu alasan,
satu demi satu harapan.

Tuhan,
Kau tahu yang terbaik,
kuatkan hati aku,
akal aku,
sabar aku.

Jadikan aku tahu,
yang aku ini istimewa,
cukup istimewa,
untuk menerima cabaranMu,
cukup istimewa,
untuk tahu,
yang Kau tahu aku mampu.
=)