Tuesday, July 29, 2014

hidup manusia ada naik turunnya,
sekarang,
aku rasa saat turunnya hidup aku,
bagai dipijak pijak terperosok 7 kaki masuk dalam tanah,
huhu.

tak tau dah celah mana nak aku motivasikan diri sendiri,
ya Allah,
aku betul2 tak gembira kat sini.

workload yg banyak mungkin aku boleh hadap lagi,
tapi,
satu demi satu cerita,
satu demi satu tekanan besar diorang bagi,
macam aku orang pertama buat silap dalam dunia ni,
racism,
kena tengking kadang2 macam tak ada maruah,
dah la bagi hadiah tengking,
then share silap kita kat satu hospital,
smpai semua orang anggap kita bodoh,
completely useless.

tertekankah aku?
yup,
tak payah dolak dalik lagi.

latest,
aku kena extend,
at least for 2 months,
reason nya,
aku slow.
orang cakap normal medical 1 st poster kena extend
just take it sebagai jalann untuk kita belajar lebih,
ok,
aku hadap,
tapi tak tau bila aku nk mula positif,
setakat ni,
 jalan buntu.

jika ada yang baca,
tolong doakan aku,
at least mampu habiskan h.o
doakan aku.huu
doakan juga saudara kita di gaza


Saturday, May 31, 2014

Ada sesetengah perkara,
yang selalu kita pertikaikan,
patut diberitahu,
atau kekal menjadi rahsia.

Status rahsia atau tak,
selalu menjadi pertikaian yang mengelirukan,
sama seperti masa depan,
yang selalu saja mendebarkan,
sesuatu yang tak dijangkakan,
sesuatu yang kita panggil sebagai rahsia Tuhan.
rahsia jugak tu,
ye dok?

Kita selalu dikelirukan dengan cerita silam,
yang buatkan kita takut menghadap masa depan,
jalannya ada,
destinasi?
belum tentu.
ini cerita selain dari cerita mati.

Maka,
selagi tak bertanya,
sesetengah perkara akan kekal rahsia.

Sekali lagi,
aku keliru,
bila baca post sendiri.
Semua salah hospital taiping.
tiba lak kan.

Saturday, April 19, 2014

ehsan.


Jika ada mereka mereka yang menyembunyikan tanduk dari khalayak,
pasti juga ada mereka mereka yang menyembunyikan sayap dari khalayak.

Talam dua muka,
ada yang hanya cantik di hadapan,
ada juga yang cantik kedua dua belahnya.

Mereka mereka yang tidak rasional,
tidak ada empati,
tidak tahu apa itu nilai ehsan,
biar saja Tuhan uruskan.

Kita,
yang diberi ruang seluas semesta untuk berbakti,
teruskan niat suci murni tu,
sebab selangkah kita menuju Tuhan,
sekali kita tanamkan niat untuk berehsan,
Allah akan hantar kan tentera tenteranya untuk membantu.

Pasti ada insan insan baik disebalik kalutnya
mereka mereka yang menyakitimu.

Yakinlah,
yakinlah aku,
yakinlah kamu.






Saturday, April 5, 2014


Alangkah indahnya,
jika di dunia ni,
tak ada yang meninggalkan,
atau ditinggalkan.
tapi,
dah namanya dunia,
tak kekal,
apatah lagi isinya.



Friday, March 28, 2014

kerja, kosong, pengsan

induction 7/4 ni??
maksudnya dah nak mula kerja???

arghh lariiii~
*gedeganggg-- langgaq dinding!!
tonggggg ( bunyi macam tin kosong)

pengsan~*

macam mana nak kerja niiii??
huaaa..
data data medik time belajaq dulu,
save kat mana pn tak tau.
simpan dalam otak ka..
simpan dalam perut ka,
simpan dalam lutut ka?
huaaaaaa...

buku mana buku??
buku buku bukuuu..

huaaaa banyaknya tulisannnn

* pengsan balik*



Saturday, March 22, 2014

kadang kadang,
aku harap,
aku kurang berperasaan.

"ini semua dunia ja"
kata kawan aku,
satu ketika dahulu,
waktu kami,
sama sama,
terlebih berperasaan.

pompuan..pompuan...



Sunday, March 16, 2014

post sebelum mungkin bunyinya mcm sedikit melawan arus,
sbb bila aku baca balik mcm menentang suara majoriti.

okay myb aku cuma perlu admit yang kita tak patut sebarkan benda
yang tak pasti,
dan biarkan yang pakar selesaikan pekerjaan mereka.

tapi tapi tapi...
aku still percaya yang ada sesetengah benda yang di share
di facebook segala tu,
ada hakikat yang perlu disampaikan,
yang perlu dirungkai,
yang perlu diketahui,
difahami oleh kita,
masyarakat malaysia,
lebih difokuskan di sini,
umat Islam.

paranoia,
dan berhati hati,
mungkin juga selalu di salah ertikan.

mungkin facebook terlalu mainstream?

Alluhua'lam.