Tuesday, November 12, 2013

Cabaran waktu cuti


Jika dulu2 time belajar,
cabaran terbesar sudah pasti la belajar,
ia memerlukan fokus, tenaga, sabar, dan konsisten.

Cabaran terbesar waktu cuti?
ia mungkin tak memerlukan kita untuk konsisten,
fokus..ada la sikit.
Yang pasti,
ianya sangat memerlukan tenaga dan kesabaran.
Ya,
ianya ialah.. mengezip seluar.

Especially bila kita tengah kelam kabut bersiap,
sedangkan orang yang menunggu dah start enjin kereta,
time tu kita akan mengharapkan kejaiban terjadi,
samada kita tiba tiba mengurus,
atau seluar tu tiba tiba besar,
yang mana takda satu pun yang akan terjadi!

Yang tinggal hanyalah usaha.

Sungguh konfiden diri ini,
akan kurus time kerja nanti,
usaha untuk menyimpan tenaga extra,
dalam bentuk lemak tepu,
berlaku secara konsisten.
Dan terciptalah,
cabaran waktu  cuti ini.


Thursday, October 31, 2013

Pilihan.


Tinggalkan aku dengan pilihan yang tiada,
itu lebih mudah barangkali,
memilih itu sesungguhnya menyakitkan,
bagi setiap yang terlibat,
yang tidak terpilih,
yang salah memilih,
dan mungkin juga bagi yang terpilih,
di kala cerita pilih memilih ini bertukar menjadi sadis.

Kan senang,
kalau semuanya tiba tiba.
Macam cerita dalam drama melayu,
tiba-tiba dah kawen,
tinggal nak berkonflik dengan poyo dan clichenya mencari kimia
selepas kawen.
Cam senang jer,
cam sweet jer,
cam comel jerrr..

Post kali ni,
post bajet dan sedikit buang tebiat.

Jodoh dan ajal di tangan Tuhan,
bertemu jodoh di dunia belum pasti jadi,
yang pasti jadi itu mati.
Pilih la yang mana kena didahulukan dulu,
pilih pilih...
Meh tampaq sikit pipi tu meh,
bagi sedaq balik meh meh.
Pipi sapa??
cam pipi aku jerrr..



Thursday, September 26, 2013

Separuh..


Separuh jiwa,
separuh semangat,
separuh usaha,
separuh pemahaman,
separuh jawapan.
Harapan?
mungkin juga separuh.
Moga Allah lengkapkan semua yang separuh itu.


Ujian dunia ni,
moga dipermudahNya.

Thursday, August 15, 2013

Doalah, doakanlah.


Sebelah kaki mereka di singgahan neraka,
sebelah lagi sudah di singgahsana syurga,
takut, sedih, marah, derita,
mereka jadikan arang dan minyak,
semarakkan api cinta pada Pencipta,
semarakkan api memperjuangkan agama.

Kita di sini?
masih tertinggal di dunia,
yang kononnya aman, indah dan selesa,
kita lupa syurga,
lupa neraka,
kita lupa mereka,
tercangak melopong tanpa usaha,
seakan hari pembalasan itu tiada.

Jika mereka kita mengaku saudara,
mengapa sakit mereka tak dapat kita rasa?

Kita mungkin tak boleh mengubah apa yang sedang terjadi,
qada' dan qadarNya,
sentiasa tersimpan menjadi misteri,
misteri yang dipandang sebagai misi,
bagi mereka yang yakin dan mengerti.
Hadiahkan doamu,
selitkan cinta bersamanya,
semoga mereka kuat dan bertahan menempuh sengsara,
sebelum mereka dijemput ke syurga,
dan mungkin dengan doa doa kita,
kita diizinkan untuk turut serta.

Doalah,
itu senjata kita.


Wednesday, August 7, 2013

Makin dekat hari raya,
baru aku sedar aku ada rasa,
aku rindu abang aku sebenarnya.

Dalam dalam lagi aku amati,
ada rasa lain yang menumpang dalam hati,
rasa yang susah untuk aku tafsir,
tak sedap hatikah?
sedihkah?
rindu yang melampau lampau sampai tak bole nak tafsirkah?

Moga Allah pelihara semua insan yang aku sayang,
moga Allah jadikan yang terbaik buat setiap perkara yang terjadi,
moga Allah pelihara hati ini,
tegap teguh percaya ada cinta Dia dalam setiap cerita.

Saturday, August 3, 2013

Raya dan asing.

Raya lepas,
raya pertama,
tanpa mak.

Raya lepas,
raya pertama,
aku beraya kat rumah,
orang yang langsung takda pertalian darah dengan aku,
rasa asing,
rasa kosong,
walaupun diterima,
tetap rasa asing.

Raya lepas,
raya pertama,
aku menangis,
terrrmenangis,
sedahsyatnya,
sampai bengkak mata,
depan kubur, orang yang aku tak kenal,
kubur orang asing.
Dan abang aku dengan bataknya berkata,
"Jangan nangeh depan kubuq pak cik ni,
 kesian dia. Konfius dia nnti"

 Raya tahun ni,
 bila semua orang mengeluh tak dapat balik raya,
 aku iyakan saja sedih mereka,
 sedang aku tak rasakan apa apa,
 mungkin kerna sudah biasa,
 atau mungkin aku lega,
 sekurang kurangnya aku asing,
 dikalangan mereka juga menjadi asing.

Sunday, July 28, 2013

 Imam,
 betulkan bacaanmu,
 sempurnakan apa yang perlu disempurnakan,
 sederhanakan apa yang perlu disederhanakan,
 ini semua ilmu,
 bertanyalah,
 belajarlah,
 jangan malu,
 ini semua ilmu.
 =)

Friday, July 26, 2013

Ubah


 Kemampuan untuk mengubah,
 lagi lagi secara drastik,
 bukan benda mudah.
 Doa itu ada,
 tapi usaha juga perlu ada,
 bukankah?
 Sebab tu aku selalu hilangkan diri,
 aku ambil jalan mudah,
 bila aku tak mampu mengubah.
 Aku mengelak.
 Aku kira itu sebahagian dari usaha.

 Perasaan..
 Tak perlu dimanjakan sangat.
 
 Ini cerita tentang mengubah,
 berubah,
 lain cerita.

Friday, July 19, 2013

Jika jalan itu tiada,
sedarkan aku,
matikan anganku,
matikan inginku.
Matikan segala rasa,
dengan cara paling baik.
Jika jalan itu tiada,
pelihara aku.

Tuesday, June 25, 2013

Dari saat kita menumpang di rahim mereka,
mereka sudah bersedia untuk berganti nyawa dengan kita,
maka,
masih layakkah lagi kita menderhaka?

Akan tiba saat kita diuji,
dengan kerenah mereka,
sakit mereka,
kebergantungan mereka,
kita mungkin akan mula rasa terbeban,
tapi ingat,
wajah girang mereka tatkala mereka menyambut kita ke dunia,
wajah sedih mereka tatkala kita tidak bermaya,
gigih menjaga kita dengan penuh cinta.
Ingatlah,
kita takkan jumpa manusia lain,
yang sayangkan kita,
macam ibu kita sayangkan kita.

Anak,
bahagiakan kedua ibu bapamu selagi mereka ada,
mereka berhak mendapat cinta dan perhatianmu.

Darjatmu di syurga,
bergantung pada redha mereka.


Friday, May 17, 2013

Beria ria menunjukkan cinta pada yang belum halal?
aku kata itu zalim.
Sebab maksud zalim itu sendiri,
tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Simpan kobarmu,
simpan cintamu,
simpan romantismu,
khas buat dia yang halal.
Usaha tidak salah,
tak pernah salah,
tahu batasmu,
tahu niat dan kehendakmu,
tahu di mana posisi doamu.

Simpan kobarmu,
sederhanakan saja.



Tuesday, May 14, 2013

Rasa selalu terbahagi dua,
untuk benda yg kita telah ada,
dan benda yang kita mahu ada.

Lantaran sukar untuk memilih antara dua,
atau takut hilang akan keduanya,
pilih jalan selamat,
diam, dan doa.

Tak semua yang kita suka baik untuk kita,
manisnya gula masih mampu mengundang satu juta bahaya,
pahit ubat jugak yg nanti kita pilih untuk sihatkan kita,
doa untuk dapatkan yang terbaik,
bukan untuk dapatkan yang kita suka,
sebab yang kita suka,
tak semestinya baik untuk kita.
Hei, Allah lagi tahu semua =)

Monday, May 6, 2013

teguran dulu...


teguran dulu,
khas buat kamu yang sangat aku sayangi,
demi melihat sejahteranya hidup kamu, dia, aku dan kita,
aku sampaikan kerisauan aku tentang hidup,
tentang mati,
dan tentang penghidupan kembali.

teguran dulu,
bukan kerna aku merasakan muliaku setaraf malaikat,
tapi kerna aku mahu sekurangnya kita  bersama bila tiba masa Allah mengizinkan,
tegurku,
kerna aku sangat sayang.

rajukku,
bukan kerna aku benci,
bukan kerna marahku dengan duit kita yang makin berkurang,
rajukku kerna aku mahukan perubahan,
tidak mendadak,
asal berganjak,
tahulah kamu,
tahulah,
sesungguhnya aku sangat sayangkan kamu,
kerna kamu,
darah dagingku.


Friday, March 15, 2013

jangan biar aku hanyut dalam rinduku,
jangan biar aku hanyut dalam sedihku,
jangan biar aku hanyut dalam lemahku,
jangan biar aku hanyut dalam malasku,
jangan biar aku hanyut dalam kabutku,
jangan biar aku hanyut dalam putus asaku,

peluk aku dengan kasihMu yang maha sempurna,
kerna tika ini aku hilang dalam kelabunya hari
yang seakan tidak menjanjikan apa apa,
aku lalui hampir setiap saat dengan rasa sepi yang aku jamin tak satu manusia pun akan mengerti,
maafkan aku kerana merasa begini,
sedangkan semalamnya aku tekad untuk kuat,
maafkan aku,
dan jangan Engkau biarkan aku hanyut dan hilang,
dalam lautan emosi jahiliah yang selalu besar gelombangnya,
naungkan aku dengan amannya jaminan cintaMu yang tak terbanding indahnya,
Allah.

Saturday, March 9, 2013

usaha itu asbab,
keputusannya itu natijah,
usaha itu perlu untuk kita buat,
keputusannya biar Allah tetapkan.
nah,
natijahnya sudah ada,
tinggal kita untuk laksanakan asbabnya..
contoh ek contoh,
nasi dh ada depan mata,
tapi kenyang ka kita dengan adanya nasi depan mata?
tak kan?
kena suap masuk ke mulut, kena kunyah, kena telan, masuk esophagus,
baru masuk perut, tu pn, takkan kenyang kan dengan satu suap saja.
kena ulang lagi proses yg sama,
sampai perut hantar impulse pegi otak, ok2 dah ek penuh dah ni kot..
dan baru la terciptanya rasa yang kita tunggu dari awal tadi,
kenyang.
mahu berjaya, perlu ada kerjanya, usahanya.
Tuhan dah tentukan rezki itu ada,
bertabur merata rata,
tinggal kena kerah tenaga, kutip rezki yang merata rata tu.
tapi, nak cari benda yang kita tak nampak dengan mata kasar tu bukan la senang,
dan sebab tu, kita kena mintak pertolongan Allah,
sebab Dia yang menaburkan rezki,
untuk hambaNya,
maka, kat mana  pun rezki tu berada,
InsyaAllah pasti jadi milik kita,
jika kita mintak dari pemilik asalnya..
kerja susah, jadi mudah..

Surah Al Anfal, ayat 9-10

apa ni semua??
ni apa yang aku dpt dari usrah hari ni..
nak tunjuk alim?
of coz tak..
ni nota ringkas aku bila aku lupa,
aku pinjamkan jugak nota aku bagi siapa2 yg membaca,
sebab kita sama2 manusia,
sama2 mudah lupa =)

Wednesday, March 6, 2013

sedih,
sayu,
gelisah,
tak puas hati
kenapa tak macam tu,
kenapa tak macam ni??
kenapa hari hari kena uji??
kenapa mesti ada ja benda tak best nak jadi??
kenapa dia dapat lebih,
kenapa aku kurang?
kenapa aku kena sedih,
kenapa, kenapa, dan kenapa???

"tidaklah seorang muslim tertimpa sesuatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah menggugurkan dosa dosanya seperti pohon menggugurkan daun daunnya.."

         hadith riwayat Bukhari dan Muslim

ujian tu kadang kala menyakitkan.. memang tu tujuan ujian diturunkan.tak teruji, ujian belum dapat title ujian la.. sedih itu rasional, tapi kalau berlarutan, gaul lumat pulak dengan rasa marah, ada angkuh masih tersisa, jika dalam dalam diamati.. 

ujian itu teguran dari Tuhan...

nasihat khas buat diri sendiri..lagi sekali

Friday, March 1, 2013

Monday, February 18, 2013

apa untungnya duduk India??

apa untungnya duduk India?
semua benda takda,
ok mungkin tak semua,
tapi banyak la yang takda!

tapi pernah tak kita terfikir,
sebab banyak benda yang takda la,
kita dapat satu benda yang kita selalu takda bila kita ada segala,
SYUKUR.

apa untungnya duduk India??
kita dapat kurangkan rasa kurang yang kita selalu rasa,
jika hati kita lebih celik... =`)

Saturday, January 26, 2013

Syukur aku rindu itu cuma rasa,
kerna jika rindu itu racun,
pasti aku sudah mati.