Wednesday, February 29, 2012

Common sense...

Bila kita buat baik,
dan bila kita harap orang buat baik balik dekat kita,
normal la kan?? =/

Bila kita dengar orang bercerita,
dan kita nak orang dengar balik kita bercerita,
normal la kan??

Bila kita cuba jaga hati orang,
dan kita harap orang cuba jaga hati kita,
sumpah,
benda tu normal la kan??

Ini bukan post emo aku,
anggap saja ni luahan hati dari sorang hamba Allah ni.
Aku dengar,
dan aku fikir.
Ramai lagi manusia yang matang usianya,
masih kurang matang untuk berfikir dan bertindak.

Common sense maaa...

Kita tak payah jadi malaikat,
cukup untuk kita menjadi peka,
dan bertindak mengikut fitrah.

Sebab lumrahnya,
manusia menghakim mengikut rasa,
bukan akal.

Monday, February 20, 2012

Cubit paha kiri,paha kanan terasa?

Sesakit mana pun hati kita bila ada orang calarkan,
percayalah,
lagi sakit sebenanrnya bila kita dapat tahu hati ahli keluarga kita yang dicalarkan.

Tercabar macam mana pun kita bila maruah kita ada orang perlekehkan,
tercabar lagi bila maruah ahli keluarga kita diperlekehkan!

Cubit paha kiri,
paha kanan bukan setakat terasa,
boleh remuk hancur tulang jadinya.

Kalau mereka,
ahli keluarga aku,
masih kecil,
masih minor,
mesti aku bela nasib satu per satu macam seorang abang membela nasib adiknya yang sedang lembik dihanyak pembuli!

Tapi semua sudah dewasa,
masalah pun,
masalah-masalah orang dewasa.
Aku yang masih belum cukup dewasa,
hanya mampu berkongsi rasa sakit dari jauh.

Betapa kucar kacirnya jiwa dan emosi mereka sekarang,
aku harap,
benar-benar harap,
semuanya sekejap.
Sebab aku tak tahan hidup dalam kacau bilau jiwa,
bila aku tahu keluarga aku tidak setenang dan sebahagia selalu.

Wednesday, February 15, 2012

Jangan salahkan mereka

Jangan salahkan mereka,
mereka datang atas jemputan takdir,
mereka pergi juga atas permintaan takdir.
Takdir aturkan semua itu atas tuntutan pengalaman,
dan pengalaman lakukan semua itu atas arahan kehidupan.

Cepat atau lambat,
bukan kiraan utama.
Ambil masa untuk menerima,
dan ambil masa untuk menyerah,
kamu berhak.

Dan jika kamu gagal lakukan itu,
ingat,
Tuhan tahu yang terbaik,
dan semestinya,
Dia akan beri yang terbaik.

Hanya Dia tahu,
hanya Dia tahu...

Friday, February 3, 2012