Saturday, December 31, 2011

Omak yang cun!


kalau pandai, cuba teka mana satu mak mana satu anak??
haha! fine,myb boleh ja lagi diteka dengan mudah,
tapi sriusly, cun lagi si Hema Malini ni ek! sweet ja muka dia.. =)
Hema Malini (baju merah) ialah heroin cerita hindustan
lebih kurang satu zaman dgn Amitabh Bachan.
er,ya ka?main redah aku ja..
gila la, dh mcm wartawan dh aku!

Wednesday, December 28, 2011

agak-agak ar weh...

buat kenduri pasang khemah sampai tutup jalan,
kalau jalan takat kambing ngan skuter purple aku ja bole lalu(ok plus lembu gak)
tkpa la jugak.
ni, jalan utama kot!
haha.
tempe tempe..

tak marah,
saja nak tulis..hehe
semoga bahagia hingga ke anak cucu hendaknya
bagi pemilik majlis kahwin tersebut =)

Wednesday, December 21, 2011

Tanpa Aku Sedar...

Tanpa aku sedar,
aku selongkar kisah dulu.
aku hayati rasa aku,
dan aku hayati rasa kamu.

aku persoalkan permulaannya,
dan aku persoalkan penghujungnya.
kenapa aku harus menerima,
kalau akhirnya aku menolak.
kenapa aku harus menolak,
kalau dulunya aku menerima.

dan aku persoalkan,
kenapa ketidakmatangan aku,
sewenangnya aku biarkan untuk menghakim dan menghukum.

jika takdir menentukan kamu menemukan ini,
pasti kamu tahu kamu yang aku bicarakan,
kisah kita yang sedang aku perkatakan.
dan aku mahu kamu tahu,
rasa bersalahku masih ada,
masih ada...

Wednesday, December 14, 2011

kejutan yang tak mengejutkan

bila terlalu lama sesuatu kejutan disimpan,
bila tiba masa nak buat kejutan,
kejutan tu akan jadi kejutan yang tak mengejutkan.

yang tinggal hanya rasa yang tiada.

Friday, December 9, 2011

It's so true

It's so true,
that,
people who really love to talk,
don't really love to listen.

Sunday, December 4, 2011

hidup macam ECG??

hidup macam ECG,
ada naik turunya.
kalau mendatar ja hidup,
tu bukan hidup namanya.
macam ECG,
kalau ECG mendatar,
itu tandanya mati.

(petikan dari papan tanda Jain hospital)