Wednesday, March 12, 2014

terlalu banyak jangan

andaian tu,
bagi aku macam differential diagnosis.
sebelum membuat satu konklusi mantap,
beberapa andaian yang masuk akal perlu dibuat dahulu.
lepas tu,
setelah diperhalusi dari segala aspek,
baru konklusi mantap yang dicari dapat diperolehi.

aku tak faham kenapa terlalu banyak jangan
dalam facebook sejak akhir2 ni.
membantutkan pemikiran waras masyarakat sama sekali tidak membantu bagi aku.
bodoh sangat ke masyarakat malaysia sampai tak boleh berfikir mana betul, mana salah.
teruskan yang betul dan yang salah berlegar legar diudara,
sebab yang mampu berfikir,
pasti akan memilih yang betul untuk dijadikan andaian yang rasional,
yang boleh dipertimbangkan.

masyarakat jangan buat sebarang andaian.
amendenyeee.
berita ni berita yg tengah panas.
tv, surat kabar,facebook, twitter, malah instagram pun tengah hangat bincangkan tentang
misteri ni,
selain dari menerima,
fitrahnya manusia yang betul betul ambil tahu,
yang berfikir,
pasti nak kupas,ulas info2 yang mereka tahu.

kita sebagai orang beriman perlu mempercayai perkara perkara ghaib,
tak ada yang mustahil kalau Allah mahu ianya jadi.
aku sikit pun tak tolak kenyataan tu.
tapi bagi aku,
benda tu sekali lagi tak patut dijadikan pembantut bagi kita untuk terus berfikir.
kita patut percayakan keajaiban Allah.
Otak dan akal kita ni pun sendiri sebenarnya satu keajaiban.
so, gunalah. tambah dengan lagi satu keajaiban, doa.
kenapa nak cakap,
kita sebagai umat islam yang ada iman,
perlu berdoa, bukannya menyebarkan benda2 yang kita tak pasti.

benda yang tak pasti.
selagi tidak mengaibkan keluarga mangsa,
mempersenda apa yang telah jadi,
mempersenda takdir tuhan,
mensyirikkan Allah,
aku rasa tak ada apa yang salah untuk dikongsi.
ada bukti,
ada faktanya,
mereka kemukakan,
bersama ulasan yang mereka telah perhalusi sebelum
dinyatakan dalam bentuk penulisan,
maka,
apa yang salah?

bukak mata,
bukak minda.

terlalu banyak jangan,
tak membantu pun,
bagi aku.
ni bagi aku ek.







No comments:

Post a Comment