Sunday, February 2, 2014

Kebenaran atau kebetulan


Bawah mata kiri bergerak or berdenyut,
petanda  yg seseorang tu akan menangis.
kebenaran,
atau hanya kebetulan?

Kurafatkah kepercayaan tu?
sebab selama aku hidup,
kebetulan tu macam terlalu kerap terjadi,
sampai aku jadi ragu ragu dengan kebetulan ni,
secara separa sedar,
tiap kali bawah mata aku bergerak,
jantung aku mula laju,
jiwa aku mula kacau,
sebab turutannya setakat ni tragis belaka,
tinggal dahsyat atau tak saja.

Ibrah?
sejauh mana kepercayaan kita pada takdirNya?
sedih,gembira,
itu cuma rasa,
bagaimana kita mahu kaitkan,
dengan segala ketentuanNya,
pengukur utamanya bukan akal,
tapi iman.

Tak layak rasanya aku berbicara sebegini,
tapi aku percaya,
peringatan sebegini ibarat tali,
yang akan jadi pautan,
bila aku mula sedar yang aku hanyut
dalam dunia mahupun dalam emosi,
dan aku mahu kembali.


No comments:

Post a Comment